Tuesday, November 25, 2008

Mencari kerja, tercari pasal

Korang pernah tak di tahan oleh jurujual mengatakan korang akan dapatkan barang tapi kena mendengar dulu penerangannya yang dikatakan hanya mengambil masa 5 minit saja? jika ya, kita senasib. Pada hari yang malang itu, tujuan aku hanyalah untuk pergi mencari kerja di Plaza Alam Sentral (PAS). Aku berjanji dengan adikku untuk berjumpa dengannya di depan the Store. Tup2, aku ternampak adik aku melambai sayup2 memanggil aku.

Aku pon pergi ke arahnya dan baru aku perasan, adik aku sedang duduk bertentang dengan seorang promoter dan pembantunya ( berdeegree lagi tapi tak reti cakap mat salleh and tak abis2 cakap kat aku bahasa inggeris itu penting. Hello?). Aku pon duduklah dan rupa – rupanya adik aku sedang mendengar penerangan yang panjang lebar dari salesman lingua***** itu. Antara detail produk itu ialah ia mampu membuatkan kita petah berbicara bahasa mat salleh dan malah akan diberikan sijil kelayakan lagi. Yang menjadi masalahnya, aku nak cari kerja, jam menunjukkan kul 12.30 tghari. Dahla hari jumaat, kui 1 dah masuk lunch hour, tp si salesman ni x nak jugak mengalah. beliau seperti memaksa2 aku mmbeli lingua***** tu. Tak habis2 kata aku dan adik aku tidak berdisiplin dan tidak berusaha membaiki diri. Yang jadi masalahnya tu, produk yang dia jual memerlukan deposit yang mencecah sehingga 3 angka, ratus la tu. Hei, tidakkah terpampang ironinya di situ, aku sedang mencari kerja untuk apa, kerana aku tidak mempunyai uaaangggg!! Tapi itulah, jenoh diterangkan bahawa aku tiada duit, tapi dia tetap mendesak aku membeli. Antara kata2nya yang masih aku ingat;

“Ini untuk masa depan u jugak.”, “Tidak guna saya paksa kamu membeli, pasal gaji saya pon beribula”. Walaupun mulutnya berkata begitu, apa yang dilakukan cukup berbeza. Gayanya tidak tumpah seperti seorang samseng yang hendak memeras ugut, cuma dia lebih ‘smart’ dengan baju kemeja dan menggunakan ilmu sebagai alasan. Korang tahu camner aku dpt lepaskan diri, dengan berkata “ saya minat, tapi takde duit buat masa sekarang”. Salesman plak kata “ I x abis cerita lagi, u buleh book dulu, Rm50 pon boleh” Aku plak balas, “ Sori, saya ada Rm10 jer, nanti I contact u lik”. Then aku pon terlepas dan sampai ke pejabat the Store pada kui 1 suku tghari di mana semua orang keluar lunch. Huh, sia2 hidup aku disebabkan salesman tak guna itu. Pesanan aku untukmu, jangan gunakan pelajaran sebagai alasan untuk mengaut keuntungan. From what you have done, you are selling education and not promoting education. And please, don’t act like you care about others when you’re obviously trying so hard to sell your products!!

>Stop…bullshitting, moooow<

No comments: